Home Politik PRK Semenyih: Platform 7 ahli baharu PPBM buktikan kesetiaan

PRK Semenyih: Platform 7 ahli baharu PPBM buktikan kesetiaan

Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRK N.24 Semenyih di Taman Pelangi, Semenyih. foto SYAFIQ AMBAK, 14 FEBRUARI 2019

SEMENYIH – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih 2 Mac ini merupakan platform terbaik untuk tujuh ahli baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) membuktikan kesetiaan mereka kepada pucuk kepimpinan tertinggi parti itu.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau yakin bekas Ahli Parlimen UMNO yang menyertai PPBM itu akan berkempen walaupun setakat ini mereka masih belum menyatakan perkara itu.

“Apabila pertemuan dengan Tun M semalam mereka menyatakan kesetiaan dan komitmen mereka.

“Saya harap ini (PRK Semenyih) platform pertama yang menguji keikhlasan dan kesetiaan mereka dalam parti. InsyAllah mereka akan turun (berkempen),” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon PH untuk PRK Semenyih hari ini.

Bekas Menteri Kabinet BN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Mas Ermiyati Samsudin dan Shabudin Yahaya antara tujuh ahli Parlimen UMNO yang telah mengisytiharkan keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas sebelum diterima sebagai ahli PPBM semalam.

Para Prk Semenyih, PPBM mengetengahkan calon muda berusia 30 tahun, seorang jurutera elektrik iaitu Muhammad Aiman Zainali.

PRK diadakan di Semenyih selepas penyandangnya, Ahmad Bakhtiar Nor, 57 meninggal dunia akibat serangan jantung pada 16 Januari lalu dan SPR menetapkan tarikh penamaan calon pada 16 Februari ini dan hari mengundi pada 2 Mac 2019.- MalaysiaGazette