Home Nasional Kes Pastor Koh: Polis belum ada petunjuk baharu – Noor Rashid

Kes Pastor Koh: Polis belum ada petunjuk baharu – Noor Rashid

Noor Rashid
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berucap pada Majlis Penganugerahan Kontijen dan Daerah Terbaik Op Selamat 14 Sempena Tahun Baharu Cina 2019 di Persada PLUS, Petaling Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 15 FEBRUARI 2019.

PETALING JAYA – Polis belum ada perkembangan terbaharu dalam kes kehilangan pastor Raymond Koh.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, setakat ini kes berkenaan masih berada dalam inkuiri polis.

Ditanya sama ada polis mempunyai sebarang petunjuk baharu mengenai status dan kedudukan lokasi terkini Raymond Koh, Noor Rashid menjelaskan, pihaknya belum mempunyai sebarang petunjuk baharu.

“Pastor Koh ini masih belum ada petunjuk baharu yang boleh membantu polis dalam kes kehilangannya.

“Polis terlebih dahulu akan melihat hasil inkuiri kes berkenaan terlebih dahulu dan menunggu arahan untuk tindakan sewajarnya,” katanya secara ringkas ketika disoal pemberita di sini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penganugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Op Selamat 14 sempena Tahun Baru Cina 2019 di Persada PLUS bersama Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail.

Keluarga Koh pada Rabu lalu menyerahkan memorandum sebagai mendesak Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengarahkan siasatan baharu mengenai kehilangan Koh dan tiga lagi individu yang berprofil sosioagama sama.

Isteri Koh, Susanna Liew bersama anaknya Jonathan Koh, wakil Kumpulan Tindakan Rakyat terhadap Penculikan (Caged) Rama Ramanathan, Setiausaha Agung Majis Gereja-Gereja Malaysia Rev Dr. Herman Shastri dan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia menyerahkan memorandum itu.- MalaysiaGazette