TERKINI : ANAK TEMPATAN! Semenyih Mampu Cipta Kemenangan Seperti Cameron Highlands – Tok Mad Hasan

Barisan Nasional (BN) tampak yakin dengan meletakan calon dalam kalangan anak watan yang begitu dekat dengan penduduk kawasan ini bagi menang besar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N24 Semenyih kali ini.

Dengan mempertaruhkan seorang pegawai tadbir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Zakaria Hanafi, 58, sebagai calon selepas proses saringan seramai enam orang sebelum ini.

Menurut Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan pada majlis di Bilik Gerakan BN, di Plaza Dato’ Mohd. Said, Semenyih, pihaknya yakin kejayaan besar di Cameron Highlands mampu di capai di sini juga.

Jelas Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO, pemilihan Zakaria adalah berdasarkan kriteria calon yang ditampilkan mestilah anak tempatan dan mesra rakyat.