JAKARTA – Pesawat Lion Air tergelincir di landasan semasa hujan lebat.
Syarikat penerbangan itu mengesahkan tiada seorang pun cedera.
Ketika kejadian pesawat itu dalam penerbangan antara Jakarta-Pontianak, dengan 182 penumpang dan tujuh anak kapal, menurut jurucakap Lion Air, Danang Mandala Prihantoro dalam satu kenyataan.
Pesawat Boeing, B737-800NG itu tergelincir dari landasan ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Supadio, lapangan terbang hab serantau yang menyediakan sejumlah kecil penerbangan antarabangsa.
Susulan kejadian itu, landasan lapangan terbang berkenaan ditutup. – MalaysiaGazette