Home Dunia Penduduk tunjuk perasaan selepas pemuda mati dalam balai polis

Penduduk tunjuk perasaan selepas pemuda mati dalam balai polis

Polis Tunisia dan orang ramai bertempur selepas berlaku tunjuk perasaan ekoran kematian seorang pemuda. foto Agensi

TUNIS – Polis Tunisia menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan selepas seorang pemuda meninggal dunia di dalam sebuah balai polis berhampiran resort Hammamet.

Lelaki itu ditahan pada hari Jumaat selepas bergaduh dengan kumpulan belia di bandar Barraket Essahel, 69 kilometer dari tenggara Tunis.

Setakat ini tidak ada penjelasan bagaimana pemuda itu meninggal dunia.

Tetapi penunjuk perasaan menyalahkan pihak keselamatan.

Dalam satu kenyataan, Menteri Dalam Negeri berkata, lelaki itu pengesan sebaik sahaja tiba di balai polis dan meninggal dunia meskipun polis berusaha menyelamatkannya.

Hakim telah memberi arahan supaya kematian pemuda itu disiasat. – MalaysiaGazette