ENGLAND – Putera Mahkota Arab Saudi Mohammad Salman meningkatkan nilai bidaan lebih 3.8 bilion pound (RM20 bilion) untuk memiliki kelab bola sepak Inggeris, Manchester United.
Kerabat diraja Saudi yang memiliki kekayaaan keluarganya bernilai 850 bilion pound (RM4.48 trilion) nampaknya tidak mahu berputus asa untuk mengambil alih kelab itu daripada keluarga Glazer Amerika Syarikat.
Sebelum ini Glazer menolak kesediaan awal putera itu untuk membeli the Red Devils dengan nilai bidaan 2 bilion pound.
Bagaimanapun Putera Saudi tidak mahu berganjak daripada pendiriannya yang mahu memastikan kali ini kelab itu dijual oleh Glazer dan menjadi pemilik baharu musim hadapan.
Putera Salman yakin keluarga Glazer yang pernah memiliki kelab pada tahun 2005 menerusi pinjaman bank dapat dipujuk untuk melepaskan kelab Inggeris itu.
Sumber di Old Trafford sentiasa menafikan kononnya Glazer mahu menjual kelab itu tetapi tawaran tawaran besar terbaharu dari Putera Arab mungkin sukar ditolak Glazer.
Kira-kira 14 tahun lalu, Glazer memiliki kelab itu dengan nilai 790 juta pound dan kelab itu kini diselubungi hutang bank yang besar walaupun merekodkan pendapatan serta jualan produk Man United di serata dunia dengan lebih 600 juta penyokong setia kelab itu.
Sekiranya keluarga Glazer bersetuju untuk menjual kelab itu kepada Putera, mereka akan memperolehi keuntungan 2.2 bilion pound (RM11.59 bilion).
Putera sebelum ini kali pertama meluahka hasrat memiliki kelab itu sekitar Oktober 2018 tetapi ketika itu keluarga Glazer menolaknya.
Justeru, Putera Arab itu dikatakan mengatur pertemuan dengan Glazer yang dijadualkan menghadiri persidangan pelaburan ekonomi di Abu Dhabi penghujung tahun lalu namun ketika itu Putera Muhammad tidak dapat hadir.
Kini jualan kelab dengan nilai 3.8 bilion pound bergantung kepada keupayaan Ole Gunnar Solskjaer melayakkan Manchester United ke kempen Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.
Maka sebarang rundingan mengenai pengambilalihan hak milik kelab itu nampaknya tidak akan dimeterai sehingga kelayakan Red Devils di ke Liga Eropah musim lalu dimuktamadkan.
Andai kata Man United gagal merealisasikan misi itu, kata putus akan dibuat pada nilai pengambilalihan yang lebih rendah dari 3.8 bilion pound.
Sebelum ini, penyokong Manchester United juga mahu Glazers melepaskan pegangan penuh kelab itu kepada Putera Salman untuk menyelamatkan kelab daripada dihantui hutang besar dan mampu melabur dalam pembelian pemain bintang danĀ pembangunan akademik kelab. – MalaysiaGazette