SEMENYIH – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan kekecewaan dan perasan marahnya apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) didakwa menjual aset-aset negara.
Baginya yang juga bekas Menteri Kewangan, ia sebenarnya memberi manfaat yang besar kepada rakyat.
“IHH syarikat dikuasai Malaysia melalui kenyataan dijual kepada Mitsui. Apa guna jual harta? Kita patut tambah harta,” katanya di hadapan lebih 800 pengundi Semenyih sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) malam ini.
Najib merujuk kepada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang menjual sebanyak 16 peratus pegangan dalam IHH Healthcare Bhd. (IHH) bernilai RM8.42 bilion kepada syarikat Jepun, Mitsui & Co. Ltd. (Mitsui).
IHH merupakan kumpulan hospital swasta terbesar di Asia yang mengendalikan 50 buah hospital dengan lebih 12,000 katil di sembilan negara termasuk Singapura, Malaysia, Turki dan India.
IHH memiliki rangkaian jenama hospital terkemuka seperti Mount Elizabeth, Gleneagles, Pantai, Parkway dan Acibadem merentasi Asia serta Eropah Timur dan Tengah.
Dalam pada itu, kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai projek pembangunan mega, Tun Razak Exchange (TRX) turut dikritik Najib.
Menurut Najib, Guan Eng membuat pusingan ‘U’ mengenai kenyataan beliau berhubung projek berkenaan.
“Bila TRX, mereka kata lubang besar, tiga hari lalu LGE kata TRX adalah aset paling bernilai,” katanya lagi.
Guan Eng pada Jumaat lalu berkata, TRX yang dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM40 bilion dijangka mampu menarik ramai pelabur dari dalam dan luar negara.
Malah Ahli Parlimen Bagan itu turut berkata TRX boleh menjadi satu projek bertaraf antarabangsa selepas menjalani proses ‘pembersihan’ daripada isu berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
“Minggu ini, projek TRX Exchange menarik pembiayaan RM2.15 bilion daripada bank antarabangsa yang yakin dana digunakan untuk tujuan sepatutnya di bawah pentadbiran bersih kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Ini hasil usaha ‘detox’ yang Kementerian Kewangan (MOF) lakukan selepas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 9 Mei 2018 terhadap projek TRX Exchange yang terpalit dengan skandal 1MDB,” katanya menerusi laman sosial Facebook.
Beliau berkata selepas usaha “detox” itu, TRX Exchange kini adalah projek bebas rasuah yang mendapat kepercayaan pelabur dari dalam dan luar negara.
Dalam pada itu, Najib berseloroh meminta agar pengundi memberikan masa yang lebih kepadanya untuk membongkar lagi salah laku kerajaan PH.
Katanya, satu malam sahaja tidak mencukupi untuk memperincikan segala keburukan kerajaan PH yang baru memasuki bulan kesembilan memerintah negara.
“Banyak lagi saya nak bagitahu tapi saya simpan sebab nak turun lagi ke Semenyih. Tidak cukup malam ini,” -MalaysiaGazette
Yg mendengar & yg berucap sama sama bodoh atau pura pura pandai?
Agak nya Lah, ERCL = RM 80 BILLION itu bukan jual Negara nama nya?
Agak Nya la, barang kemas berjuta juta dlm Apartment itu, bukan mencuri ke nama nya?
Agak nya Lah, Wang anggaran 600 juta 1MDB yg masuk ke dlm Account UMGOK itu, derma ke nama nya Dari Rakyat?