Home Ekonomi Harga minyak dunia naik

Harga minyak dunia naik

SYDNEY – Harga minyak Amerika Syarikat tinggi dalam tempoh tiga bulan, dipacu oleh pengurangan pengeluaran oleh OPEC.

West Texas Intermediate didagangkan pada AS$55.95 setong pada 0034 GMT, naik AS$0.36 berbanding harga penutup. Pada sesi awal, ia merekodkan paras kukuh sejak 20 November kepada AS$56.33 setong.

Harga meningkat 2.2 peratus pada hari Jumaat, sebelum sesi dagangan ditutup. Amerika Syarikat cuti umum pada hari Isnin.

Niaga hadapan Brent pula belum diniagakan lagi. Ia ditutup 0.4 peratus lebih tinggi selepas melonjak ke paras tertinggi sejak 20 November pada AS$66.83 setong.

Penganalisis pasaran OANDA, Alfonso Esparza berkata, OPEC dan pengeluar-pengeluar utara telah melaksanakan peranan mereka untuk menstabilkan harga dengan mengehadkan pengeluaran.

Minyak mentah eksport Arab Saudi pada bulan Disember susut kepada 7.690 juta tong sehari berbanding 8.235 juta tong pada bulan November.