Home Nasional Nurul Filzah yakin kemampuan suaminya

Nurul Filzah yakin kemampuan suaminya

Nurul Filzah Bakhtiar
Nurul Filzah Bakhtiar

SEMENYIH – Hebat-hebat orang lelaki mesti ada aura wanita bersamanya.

Itu diakui sendiri oleh calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRK DUN Semenyih, Muhammad Aiman Zainali.

Baginya, kehadiran dan persefahaman isterinya, Nurul Filzah Bakhtiar menjadikan beliau lebih yakin dan bersemangat berkempen.

MGF19022019_CALON PH LAWAT RUMAH KE RUMAH09 (1)
Isteri calon Pakatan Harapan PRK N.24 Semenyih, Nurul Filzah Bakhtiar bercakap kepada media selepas mengadakan lawatan rumah ke rumah sempena Pilihanraya Kecil N24 Semenyih di Kampung Sentosa, Semenyih, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 FEBRUARI 2019.

Nurul Filzah ketika ditemui pemberita juga menaruh keyakinan suaminya mampu menabur jasa sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat sama seperti arwah bapanya, Bakhtiar Mohd. Nor.

“Muhammad Aiman ada visi dan saya yakin dengan sokongan pengundi, beliau mampu meneruskan agenda pembangunan rakyat di sini,” ujarnya ketika ditemui selepas mengadakan program ziarah ke rumah penduduk warga tua di Kampung Sentosa hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Aiman pula menegaskan, taktik serangan peribadi kepada pihak lawan sepanjang tempoh berkempen bukan caranya.

MGF19022019_CALON PH LAWAT RUMAH KE RUMAH06
Calon Pakatan Harapan PRK N.24 Semenyih, Muhammad Aiman Zainali (tiga kiri) dan isteri, Nurul Filzah Bakhtiar (dua kiri) beramah mesra dengan salah seorang penduduk, Ishak Nawi (dua kanan) ketika mengadakan lawatan rumah ke rumah sempena Pilihanraya Kecil N24 Semenyih di Kampung Sentosa, Semenyih, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 19 FEBRUARI 2019.

Anak muda berusia 30 tahun itu lebih selesa membawa agenda rakyat dalam menyelesaikan segala isu berbanding menyerang pihak lawan.

“Saya sesekali tidak akan melakukan serangan peribadi terhadap calon yang bertanding kerana setiap kali berjumpa pengundi, saya hanya bercerita mengenai isu-isu tempatan.

“Agenda rakyat menjadi keutamaan dan jika ada dalam kalangan jentera yang cuba berkempen dengan menjadikan serangan peribadi terhadap mana-mana calon sebagai bahan kempen, saya akan menegur mereka,” kata Muhammad Aiman.- MalaysiaGazette