KUALA LUMPUR – Lelaki yang dipercayai menyamun seorang wanita dalam lif stesen MRT di Taman Mutiara Cheras pada Khamis lalu telah ditahan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras kira-kira 8.10 malam.
Suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian Khamis lalu, seorang wanita telah ditumbuk dan ditendang sebelum disamun.
Ketika kejadian mangsa seorang diri.
Kejadian mangsa dipukul oleh suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV) telah tular di media sosial. – MalaysiaGazette