JAKARTA – Gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Richter menggegarkan kawasan barat daya Maluku Utara, Indonesia pagi ini.
Gempa berpusat di 130 kilometer barat daya Ternate-Maluku Utara itu berlaku pukul 7.10 pagi waktu Indonesia Barat.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gegaran gempa itu dirasakan di Manado, Bitung dan Kotamobagu.
Tiada ancaman tsunami dilaporkan. Setakat ini belum terdapat laporan kesan atau impak gempa itu kepada penduduk dan kawasan setempat.
Sementara itu, gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 2.46 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, pusat gempa itu terletak kira-kira 327 kilometer (km) selatan dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 10km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – MalaysiaGazette