BERN – Sekurang-kurangnya empat orang cedera selepas berlaku runtuhan salji di resort ski popular di Banjaran Alps berjaya diselamatkan.
Runtuhan itu berlaku di cerun yang ditandakan di Crans-Montana pada kira-kira 14.20 waktu tempatan (13:20 GMT).
Seramai 240 anggota penyelamat terlibat dalam operasi mengesan mangsa-mangsa yang dipercayai tertimbus.
Polis berkata, insiden itu dipercayai membabitkan beberapa orang peluncur ski selepas 12 orang dikatakan berada di tempat kejadian semasa runtuhan berlaku.
“Beberapa saksi memberitahu masih ada yang terperangkap dalam runtuhan dan operasi mengesan dan menyelamat diteruskan,” kata polis.
Polis menggunakan anjing dan helikopter dalam mengesan mangsa.- MalaysiaGazette