DHAKA – Kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan empat tingkat di bandar lama Dhaka telah mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang.
Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam tadi dan kemudian merebak ke bangunan-bangunan lain.
Bomba yang membuat sidang media pada pukul 2.30 pagi memberitahu, pihaknya menemui lima mayat dan jumlah itu meningkat kepada 10 orang sejam kemudian.
Jumlah kematian dijangka meningkat.
Bomba mengambil lebih daripada lima jam untuk mengawal api, namun masih ada kepulan asap yang kelihatan pagi ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Kebakaran dan Pertahanan Awam, Jeneral Ali Ahmed Khan berkata, punca kebakaran masih disiasat
Kebakaran itu turut memusnahkan kenderaan di tepi-tepi jalan.
Media-media tempatan melaporkan, ramai orang dilihat diberi rawatan kecemasan di hospital selepas terkena serpihan cermin dan melompat dari tingkat atas bangunan untuk menyelamatkan diri. – MalaysiaGazette