Minat dan kesungguhan seorang Cikgu memceburkan diri dalam bidang perternakan kambing sejak 15 tahun lalu kini membuahkan hasil.
Pemilik Zul Ismail, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Zul mengusahakan ladang seluas 20 hektar dengan menternak pelbagai haiwan ternakkan seperti kambing, biri-biri, itik dan ayam sebagai hobi.
Aktiviti harian Cikgu Zul pada waktu pagi beliau pergi mengajar dan waktu petang beliau menguruskan ladangnya.
Cikgu Zul juga turut dibantu anaknya Muhd Ilman dan 3 orang pekerja. Aktiviti hari minggu lebih meriah, kerana adanya tempahan sembelihan untuk program akikah daripada penduduk setempat dan juga Lembah Klang.
Cikgu Zul turut menyediakan tempahan masakan seperti kari kambing, kurma kambing, bbq dan juga kambing golek, dan servis terus ke rumah.
Menurutnya, walaupun potensi perniagaan ini besar, namun cabaran mengusahakan ladang ternakan itu tidak kurang hebatnya termasuk berdepan masalah penyakit kambing, kambing mati dan lain-lain.
Hobi dan minat Cikgu zul dalam bidang ternakan membuatkan dirinya lebih tabah dan bangkit meneruskan usaha yang dijalankan bagi mengelak ia terhenti separuh jalan.