Home Ekonomi TRX City sudah dapat 10% daripada RM2.8b dari MoF

TRX City sudah dapat 10% daripada RM2.8b dari MoF

Ketua Pegawai Eksekutif TRX Citu Sdn Bhd, Datuk Azmar Talib pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Common Estate antara TRX City dan Pemilik Plot Pembangunan Tun Razak Exchange di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – TRX City Sdn. Bhd. (TRXC) sudah mendapat 10 peratus daripada RM2.8 bilion yang disuntik oleh Kementerian Kewangan.

Jumlah baki akan diberikan secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan aliran tunai TRXC dan bukannya sekali gus.

“Kami perlu mengemukakan laporan bulanan dan permohonan dan Kementerian Kewangan akan memberi baki mengikut keperluan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TRXC, Datuk Amar Talib.

MGF21022019_TRX_04
Ketua Pegawai Eksekutif TRX Citu Sdn Bhd, Datuk Azmar Talib (tengah) bergambar kenangan pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Common Estate antara TRX City dan Pemilik Plot Pembangunan Tun Razak Exchange di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 FEBRUARI 2019

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangan perjanjian hartanah biasa (CEA) dengan tujuh pemilik tanah TRX hari ini.

Mereka ialah Lendlease Malaysia,Urusharta Jamaah Sdn. Bhd., Mulia Group, Affin Bank, HSBC Bank Malaysia Berhad, Core Precious Development Sdn. Bhd. dan Fairview Valley Sdn. Bhd.

Majlis itu disaksikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Kata Amar, peruntukan yang diterima itu akan digunakan untuk menyelesaikan kerja-kerja infrastuktur fasa pertama yang dijangka selesai pada suku ketiga tahun ini.

Jelasnya, kerja-kerja infrastruktur di hab kewangan antarabangsa itu tidak dilaksanakan sekali gus kerana kawasannya terhad.

Menurutnya, sebagai pemaju induk bagi Tun Razak Exchange, TRXC perlu melengkapkan infrastruktur kawasan itu terlebih dahulu sebelum membenarkan pemaju membangunkan tanah-tanah mereka.

Azmar berkata, setakat ini 7 pelabur telah memiliki sebahagian daripada tanah seluas 70 ekar itu.

Menara Prudential dan Exchange 106 sudah pun dalam peringkat akhir untuk disiapkan dan TRXC dijangka menerima penyewa pertama dalam hab kewangan itu pada pertengahan tahun ini.

Ibu pejabat HSBC dan Affin Bank pula masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun depan.

Azmar menambah, The Exchange TRX, projek pembangunan gaya hidup yang dibangunkan bersama Lendlease dan TRXC pula dijangka selesai pada tahun 2021. – MalaysiaGazette