KUWAIT CITY – Emir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah pada Khamis telah mengeluarkan satu dekri bagi membebaskan 161 banduan yang berdepan pertuduhan berbeza, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri.
Kenyataan itu menyebut langkah tersebut dibuat sempena sambutan ulang tahun ke-58 Hari Kebangsaan dan ulang tahun ke-28 Hari Pembebasan negara Arab berkenaan.
Kesemua banduan akan dibebaskan mulai 25 Februari dan dekri itu turut membabitkan pengurangan hukuman ke atas 545 banduan lain.-BERNAMA