MADRID – Seorang remaja bertindak kejam apabila membunuh ibu kandungnya sebelum mengerat anggota badan mangsa sebelum di sumbat dalam bekas makanan jenama ‘Tupperware’.
Agensi melaporkan, lelaki yang menetap di kawasan kejiranan Salamanca itu kemudian menyembunyikan cebisan dan anggota badan itu merata-rata tempat dalam rumahnya.
Bagaimanapun, perbuatan kejam tersebut dalam dihidu apabila rakan-rakan serta jiran mangsa membuat laporan polis selepas menyedari ‘kehilangan’ wanita berusia 66 tahun sejak lebih sebulan.
Menurut jurucakap polis, siasatan dilakukan selepas mendapati anak lelaki mangsa itu sebenarnya mempunyai 12 kes jenayah.
“Kita menahan lelaki itu sebelum membuat sisatan menyeluruh kemudian mendapati wanita itu sudah di bunuh lebih sebulan.
“Lelaki itu mengakui telah membunuh ibunya sebelum mengerat anggota badannya supaya senang menyembunyikan mayat dan tidak siapa yang tahu.
“Kita jumpa ketulan mayat reput dan mengerikan dalam bekas ‘Tupperware’ yang berbeza sekitar rumah,” katanya tanpa mendedahkan maklumat lain.
Kejadian itu menggemparkan dan menjadi tajuk utama media tempatan.
Ada juga laporan mendakwa lelaki berkenaan terlibat dengan aktiviti ‘kabinal’ (suka makan daging manusia) namun tidak dapat pengesahan rasmi pihak berkuasa. –MalaysiaGazette