Home Nasional Pondok rehat banyak tapi tak boleh guna

Pondok rehat banyak tapi tak boleh guna

Tempat duduk di pondok berehat berhampiran Muzium Kapal Selam yang dicemari najis burung.

MELAKA – Ada kemudahan tapi tidak boleh digunakan.

Itulah digambarkan mengenai kemudahan tempat istirehat yang disediakan di luar perkarangan Muzium Kapal Selam yang terletak di Klebang, Melaka.

Kira-kira enam buah pondok yang didirikan untuk kegunaan awam di situ tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana kesemuanya dicemari dengan najis burung.

Seorang pembaca MalaysiaGazette, Nadiah Aziz yang sudah dua kali berkunjung ke muzium berkenaan memberitahu, disebabkan tempat itu kotor dan berbau kebanyakan pengunjung tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan.

20190202_152615

“Memang baguslah pihak berkuasa menyediakan kemudahan itu sebab kawasan sekitar muzium ini panas. Pokok untuk berteduh tidak ada.

“Tetapi, semua pondok yang didirikan tidak dapat digunakan, tempat duduk dicemari najis burung. Bukan sedikit tetapi semua,” katanya.

Keadaan itu telah mencemarkan pemandangan cantik sekitar muzium berkenaan.

Nadiah berkata, meskipun ada pekerja membersihkan kawasan berkenaan namun tidak lama.

“Ada yang maklumkan kawasan itu menjadi tarikan burung terutama sebelah petang,” ujarnya yang berharap pihak berkuasa tempatan mencari jalan menyelesaikannya. – MalaysiaGazette