Baru-baru ini tular video seorang warga emas mendakwa sebagai pengundi, beliau tidak akan memangkah mana-mana calon Melayu pada PRK DUN Semenyih kali ini.
Alasannya, selama ini beliau rasa seolah-olah sudah tertipu dengan pemimpin daripada kalangan bangsanya sendiri.
Malah Raja Mohd. Yusof Raja Othman, 82, yang merupakan pesara tentera berpangkat koperal berasa malu menjadi warganegara Malaysia yang ditadbir oleh orang Melayu kerana mendakwa pemimpin Melayu dilihat suka menindas bangsanya mereka sendiri.
Malah katanya, apa yang menjengkelkan ialah apabila pemimpin dalam kalangan Melayu tidak sedar diri dan mudah lupa dengan bagaimana mereka boleh berada di atas.