Pemberian hamper dan surat rasmi kerajaan tawaran bantuan baik pulih rumah kepada salah seorang pengundi di Sungai Jai di sini sebenarnya bukan cubaan untuk membeli undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya menegaskan bantuan itu sebenarnya telah diatur lebih awal oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebelum pilihan raya itu.