Home Seni Hidup Fasha hadir kursus kahwin kali kedua

Fasha hadir kursus kahwin kali kedua

KUALA LUMPUR- Walaupun pernah menjalani kursus kahwin, pelakon Fasha Sandha hadir lagi buat kali kedua bersama bakal suaminya, Aidil Aziz.

Fasha menjelaskan sepatutnya dia tidak perlu menjalani kursus tersebut.

Namun ibu tunggal beranak dua mahu mencari ilmu lagi bersama tunangnya.

“Siapa yang pernah pergi kursus 2 kali? Sepatutnya tak payah kan…

“Takpelah.. Takut lupa macam mana nak jadi isteri balik. Belajaq sekali lagi.

“Ya Allah, permudahkanlah. Amin…,” tulisnya.

Fasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya manis bertudung bersama Aidil yang juga segak memakai songkok. – MalaysiaGazette