Home Sukan Abou Diaby akhirnya bersara

Abou Diaby akhirnya bersara

Abou Diaby ketika mewakili Arsenal.

PARIS  – Selepas bergelut dengan pelbagai kecederaan selama ini, bekas pemain tengah Arsenal, Abou Diaby akhirnya mengumumkan persaraan daripada dunia bola sepak semalam.

Daily Mail melaporkan, pengumuman bekas pemain antarabangsa Perancis itu dibuat kepada rangkaian TV RMC Sport.

“Saya mengumumkan persaraan daripada kerjaya profesional. Ini sukar bagi saya berada di atas padang semula kerana kecederaan saya memerlukan masa lama untuk pulih.

“Saya berdepan banyak jenis kecederaan dan keputusan bersara kerana fizikal saya tidak boleh lagi menanggungnya,” katanya.

Diaby, 32, beraksi untuk Arsenal antara 2006-2015 dan membantu The Gunners menjulang Piala FA dua kali.

Dia berada dalam skuad kebangsaan Perancis sebanyak 16 kali termasuk ketika kempen Les Bleus di pentas Piala Dunia 2010.

Selepas meninggalkan Arsenal, dia menyertai Marseille pada 2015 namun aksi terakhirnya setahun kemudian dan meninggalkan kelab itu pada 2017 selepas hanya melakukan enam penampilan. – MalaysiaGazette