Home Seni Hidup Hotel PNB Perdana tubuh ERT

Hotel PNB Perdana tubuh ERT

PNB Perdana On The Park Kuala Lumpur mengadakan satu latihan bersama pencegahan kebakaran di premis itu baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Hotel PNB Perdana On The Park Kuala Lumpur (PNB Perdana) yang sering menjadi tumpuan pengunjung di ibu kota telah menubuhkan Pasukan Tindakbalas Kecemasan (ERT) sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Sebagai persediaan pada masa akan datang, hotel tersebut turut mengadakan satu latihan bersama pencegahan kebakaran di premis itu baru-baru ini.

Latihan itu merupakan kerjasama Jabatan Bomba, Penyelamat dari Balai Bomba Jalan Tun Razak, Jalan Hang Tuah dan Jalan Pudu dan dibantu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

“Latihan bersama ini adalah untuk melatih dan mempersiapkan setiap kakitangan dan pasukan ERT agar pihak PNB Perdana sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Latihan kedua diadakan dalam jangka masa tiga tahun apabila persiapan awal telah dilaksanakan untuk kakitangan hotel bagi menyediakan mereka untuk menghadapi latihan bersama ini,” kata hotel itu dalam satu kenyatan di sini hari ini.

ERT2
Latihan itu merupakan dengan kerjasama Jabatan Bomba, Penyelamat dari Balai Bomba Jalan Tun Razak, Jalan Hang Tuah dan Jalan Pudu.

PNB Perdana memberitahu, ketika latihan bersama pencegahan kebakaran ini diadakan, insiden lakonan mangsa kebakaran telah bermula di aras enam bangunannya.

Menurut hotel itu, pihak bomba bersama unit skylift mereka telah berjaya menyelamatkan mangsa yang terperangkap itu.

“Latihan bersama ini juga telah mendapat kerjasama daripada pemilik premis di bangunan terlibat dan dan juga pelanggan yang menginap di PNB Perdana On The Park.

“Pada keseluruhannya, latihan ini telah berjaya dan akan diadakan pada setiap tahun bagi mempersiapkan kakitangan hotel untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

PNB Perdana menambah, latihan tersebut dapat mengerakkan lagi hubungan diantara pihak pengurusan hotel dengan Jabatan Bomba, JPAM dan PDRM apabila akan memudahkan lagi pengkongsian maklumat bersama pada masa akan datang.

“Pada masa sama, ianya juga akan dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada pelanggan yang ingin menginap di PNB Perdana On The Park apabila mereka tahu tahap keselamatan dan kesediaan kakitangan yang terlatih dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” kata kenyataan itu lagi. – MalaysiaGazette