CALIFORNUA – Seorang lelaki yang didapati kerana membunuh telah dianugerahkan sejumlah AS$21 juta sebagai pampasan selepas dipenjara selama 38 tahun.
Craig Coley, 71, dipenjarakan pada tahun 1978 atas pertuduhan membunuh bekas teman wanita dan anaknya.
Namun, Coley secara konsisten tidak mengakui pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Hukuman penjara yang dihadapi oleh Coley adalah paling lama dalam sejarah bagi kes yang disemak semula.
Pampasan itu akan dibayar oleh bandar Simi Valley sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah.
“Walaupun jumlah wang ini tidak boleh mengganti apa yang berlaku kepada Coley tetapi penyelesaian luar mahkamah ini adalah suatu perkata yang betul untuk beliau,” kata Pengurus Simi Valley, Eric Levitt.
Coley, seorang bekas askar semasa perang Vietnam dipenjara atas tuduhan membunuh Rhonda Wicht, 24, dan anaknya, Donald, 4 tahun.
Wicht didapati telah dirogol dan dalam keadaan bergelut. Manakala anaknya pula mati kerana sesak nafas di sebuah apartmen di bandar Simi.
Coley didakwa selepas seorang jiran nampak dia bersama trak di apartmen berkenaan.
Selepas dua kali perbicaraan, Coley dihukum penjara seumur hidup tanpa parol.
“Saya melalui selama empat dekad tanpa bersama wanita dan anak yang saya sayangi,” kata Coley yang mendapat kebebasannya semula selepas kes itu dibawa oleh bekas pegawai polis, Mike Bender.
Bender begitu prihatin terhadap kes tersebut.
Sehingga kini pembunuh Wicht dan anaknya masih tidak diketahui. – MalaysiaGazette