AVALON, Australia – Boeing Co. mendedahkan pesawat seperti jet pejuang tanpa pemandu yang dibangunkan di Australia direka untuk terbang bersebelahan pesawat yang dikendalikan krew dalam peperangan pada kos yang lebih rendah.
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) itu berharap untuk menjual pesawat pelbagai guna, berukuran 11.6 meter panjang dan mampu terbang sejauh 3.704 kilometer, kepada pelanggan di seluruh dunia yang mana ia boleh diubahsuai mengikut permintaan mereka.
Prototaip pesawat tersebut merupakan pesawat pejuang yang dibangunkan di Australia untuk julung kali sejak Perang Dunia Kedua dan pelaburan terbesar Boeing dalam sistem tanpa pemandu di luar Amerika Syarikat (AS), walaupun syarikat itu enggan mendedahkan nilai pelaburan sebenar.
Kerajaan Australia melabur sebanyak AS$28.75 juta dalam program prototaip berikutan ‘berkeupayaan besar untuk eksport’, kata Menteri Pertahanan, Christopher Pyne kepada pemebrita pada Pertunjukan Udara Antarabansga Australia.
Para kontraktor pertahanan meningkatkan pelaburan dalam teknologi berkaitan ketika tentera di seluruh dunia mencari kaedah yang murah dan selamat untuk memaksimumkan sumber mereka.
Pesaing Boeing seperti Lockheed Martin Corp dan Kratos Defense and Security Solutions Inc. turut melabur dalam pesawat seumpama itu.
Sebanyak empat daripada enam pessawat baharu, dikenali Boeing Airpower Teaming System, boleh terbang bersebelahan pesawat pejuang, F/A-18E/F Super Hornet, kata Pengarah Penyelidikan Boeing dan Prototaip Senjata Phantom Works International, Shane Arnott.
“Bagi membina komponen tambahan dan kelebihan keupayaan tanpa pemandu, anda boleh menerima tahap risiko yang lebih tinggi,” katanya.
Pada tahun lalu Mitchell Institute for Aerospace Studies di AS berkata, tentera udara di negara itu sepatutnya mengkaji mengenai pesawat yang dikendalikan krew dan pesawat tanpa pemandu bagi mengembangkan angkatannya dan menyokong ‘pesawat generasi kelima yang berkuasa, cantik tetapi mahal’ yang terhad bilangannya seperti pesawat F-35.
“Faktor prestasi manusia meruapakjan pemacu utama di belakang amalan pertempuran udara ketika ini,” kata kertas dasar itu.
“Manusia hanya boleh menahan daya graviti (G force) tertentu sahaja untuk tempoh masa tertentu atau proses jumlah maklumat pada sesuatu masa,”.
Selain berperanan menghasilkan jet pejuang, peranan lain untuk sistem Boeing termasuk peperangan elektronik, perisikan, pemantauan dan pengintipan menerusi pesawat P-8 Poseidon dan E-7 Wedgetail, kata Kritin Robertson, Naib Presiden dan Pengurus Besar Bpeing Autonomous Systems. – Agensi