ABUJA – Muhammadu Buhari telah dipilih semula untuk penggal kedua selama empat tahun sebagai Presiden Nigeria.
Buhari, 76, berjaya menewaskan pesaing utamanya, Atiku Abubakar, bekas Naib Presiden Nigeria dengan margin hanya kurang daripada empat juta undi.
Bagaimanapun, Abubakar dari Parti Demokratik Rakyat (PDP) telah menolak keputusan itu.
Kelewatan dan keganasan telah menjejaskan pengundiantetapi tiada pemerhati bebas yang mendakwa berlaku penipuan pada pilihan raya itu.
Parti Kongres Progresif (APC) yang diwakili Buhari memenangi 19 daripada 36 buah negara manakala PDP menang di 17 buah negeri dan di ibu negara, Abuja, mengikut Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pilihan raya bagi memilih Presiden Nigeria itu hanya merekodkan pengundi pendaftar di bawah 35 peratus.
Suruhanjaya Pilihan Raya akan membuat pengumuman rasmi pada hari Rabu. – MalaysiaGazette