Home Politik PH berjaya capai 80 peratus kempen rumah ke rumah

PH berjaya capai 80 peratus kempen rumah ke rumah

Muhammad Aiman Zainali
Calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih, Muhammad Aiman Zainali bercakap kepada media ketika sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 27 FEBRUARI 2019.

SEMENYIH – Kurang tiga hari berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih berakhir sebelum Sabtu ini, Pakatan Harapan (PH) sudah mencapai 80 peratus kempen rumah ke rumah.

Calonnya, Muhammad Aiman Zainali berkata, kempennya turut meliputi kawasan bandar dan pinggir bandar termasuk perkampungan orang Asli dan pihaknya yakin akan dapat turun ke semua kawasan sebelum Sabtu ini.

“Setakat ini sudah lebih 80 peratus kita sudah berjalan kita berjumpa, seperti pagi ini kita pergi ke Taman Permai, kita berjalan berjumpa dengan rakyat dan perkembangan agak positif.

“Mereka menerima baik PH dan berharap PH akan menang pada pilihan raya kali ini.

“Fokus kita hari-hari terakhir kempen ini ialah turun ke kampung, perumahan flat dan kawasan pasar secepat yang mungkin dan kita akan berjumpa dengan seramai mungkin,” katanya selepas menyantuni pengundi di Bandar Tasik Kesuma, di sini, hari ini.

Muhammad Aiman Zainali
Calon Pakatan Harapan PRK N24 Semenyih, Muhammad Aiman Zainali beramah mesra dengan Mustafa Hitam, 69 ketika sesi walkabout sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor. foto IQBAL BASRI, 27 FEBRUARI 2019.

Sementara itu, ketika ditanya tentang persiapannya untuk menyambut kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, malam esok, beliau pihaknya sudah menguar-uarkan perkara itu di setiap tempat yang dikunjunginya.

Katannya ia bagi memastikan rakyat Semenyih mengambil maklum kehadiran pemimpin nombor satu negara itu dan tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan Dr Mahathir nanti.

“Persiapan kami untuk kunjungan Perdana Menteri esok hari telah mencetak risalah supaya dapat diedarkan kepada setiap rumah supaya semua penduduk Semenyih mendapat maklumat tentang kehadiran beliau ke sini.

“Setiap kali saya turun berjumpa dengan rakyat dan saya akan beritahu mereka persiapan kita untuk menyambut kehadiran Perdana Menteri dan berkempen untuk pada saat akhir ini sebelum hari pengundian,” katanya lagi. – MalaysiaGazette