Home Dunia Juruterbang India yang ditahan Pakistan diserah balik esok

Juruterbang India yang ditahan Pakistan diserah balik esok

Abhinandan Varthaman

ISLAMABAD – Pakistan akan membebaskan juruterbang pesawat pejuang India yang ditahan sebagai ‘tanda perdamaian’.

Pembebasan Abhinandan Varthaman akan dilakukan pada hari Jumaat, kata Perdana Menteri Imran Khan.

Imran mendedahkan keputusan itu di Parlimen kerana mahu negara itu fokus kepada usaha mencegah keganasan.

Pakistan telah menembak jatuh pesawat pejuang India pada hari Rabu, sekali gus meningkatkan ketegangan dengan jiranya berhubung wilayah Kashmir yang dipertikaikan.

India mula mensasarkan Pakistan pada hari Selasa selepas mendakwa serangan militan ke atas tenteranya awal bulan ini.

Pakistan berkata, ia tidak mempunyai pilihan selain membalas serangan udara pada hari Rabu, dengan membedil dua pesawat India di Kashmir yang berada bawah pengawasan Pakistan. – MalaysiaGazette