KUALA LUMPUR – Kenapa kes Papagomo didakwa tetapi kes Siti Kassim digugurkan?
Itu persoalan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memandangkan kedua-dua individu disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
“Hari ini Papagomo telah didakwa atas insiden yang berlaku ketika hari penamaan calon PRK Semenyih. Terdapat dua pertuduhan yang dihadapkan ke atas Papagomo iaitu pertama; mendatangkan kecederaan dan kedua; mengaibkan kehormatan kerana menyebut “ko bodoh” kepada Syed Saddiq (Syed Abdul Rahman).
“Bagi pertuduhan menyebut “ko bodoh”, Papagomo didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
“Bercakap tentang Seksyen 509 ini, beberapa minggu lalu iaitu pada 11 Februari 2019, Jabatan Peguam Negara telah membatalkan arahan untuk mendakwa Siti Kassim di bawah seksyen yang sama atas kesalahan menunjukkan isyarat lucah jari tengah kepada seorang penonton di sebuah forum pada dua tahun yang lalu.
“Perbuatan yang dilakukan oleh Siti Kassim pada dua tahun lalu tersebut telah berjaya dirakam dalam bentuk video dan gambar. Bermakna terdapat asas untuk kesnya dibawa kepada perbicaraan mahkamah namun akhirnya atas arahan Jabatan Peguam Negara, kes tersebut digugurkan.
“Kes Papagomo dan kes Siti Kassim kedua-duanya atas asas dan kesalahan di bawah seksyen yang sama tetapi yang menghairankan kes Papagomo dibawa ke mahkamah tetapi kes Siti Kassim digugurkan.
“Saya tidak mempertahankan tindakan Papagomo. Tapi saya nak tahu kenapa tindakan Peguam Negara tidak konsisten,” ujar bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu dalam media sosialnya hari ini.
Menurut Khairy, kenapa ada double standard antara dua individu itu dan Peguam Negara bukan sahaja perlu bertindak adil malah perlu dilihat adil.
“Perkembangan ini akan melihatkan terdapatnya unsur selective presecution atau pendakwaan terpilih oleh Jabatan Peguam Negara,” ujarnya.
Perkara itu jika berlarutan akan menyebabkan rakyat terus hilang kepercayaan dan pastinya akan memberi imej buruk kepada sistem undang-undang di Malaysia, katanya.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Papagomo mengaku tidak bersalah tuduhan cedera, aib Syed Saddiq
siti kasim cekek tengkok siapa. ada yang cedera ke . setahu aku dia tunjuk jari tengah je . tak ada pun yang jatuh terlentang atau tertiarap . lagi pun dia perempuan . tak kuat kalau banding dengan papa gomo tu. semua dia gomo .