Home Seni Hidup Tak mabuk dengan Aliff Aziz – Oktovia Manrose

Tak mabuk dengan Aliff Aziz – Oktovia Manrose

Oktovia Manrose

KUALA LUMPUR – Pelakon Oktovia Manrose yang didakwa menjalin hubungan dengan Aliff Aziz mengaku dia hanya berkawan dengan pelakon itu dan mereka pernah keluar bersama.

Namun, Oktovia atau nama lengkapnya, Wan Syamira Putri Octovia Wan Syahman, 27, menegaskan mereka tidak hanya keluar berdua sebaliknya ditemani beberapa rakan lain untuk mengelak fitnah.

“Saya tidak suka orang menambah-nambah cerita, jaga sikit air muka. Alif dengan saya keluar hanya sebagai kawan dan tiada hubungan serius antara kami berdua,” tulisnya di Instagram.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Encik Suami Mat Salih Celup, Dendam Aurora dan Cinta Tiada Ganti turut kesal dengan dakwaan isteri Aliff, Bella Astillah yang menuduhnya mabuk.

“Tolong bagi bukti kerana saya tidak suka dia membuat kecoh hanya dengan mendengar cerita pihak lain.

“Tolong jaga air muka ayah saya. Yang lain saya tidak peduli,” katanya.

MGF31072017_SIDANG MEDIA ALIFF AZIZ07

Penyanyi, Aliff Aziz bersama isterinya, Bella Astillah.Dia juga meminta orang luar supaya tidak menjaga tepi kainnya untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Sementara itu, Bella mempertikai kenyataan Oktovia itu dan mendakwa mempunyai bukti  pelakon itu dan suaminya keluar bersama pada pukul 3 pagi.

“Kamu tahu kan dia suami orang? Dia sudah seminggu tidak balik rumah, sedangkan isteri dan anak menanti kepulangannya.

“Boleh pula kamu tanpa rasa bersalah keluar bersama ke pusat hiburan? Saya tak bodoh keluarkan kenyataan itu kerana saya ada bukti yang terlebih cukup. Saya ada tiga video,” tulisnya di Instagramnya.

Semalam, Bella menerusi laman sosialnya itu mendedahkan, rumah tangganya dan Aliff sekali lagi bergolak apabila mendakwa, suaminya menjalin hubungan dengan Oktovia.

Kakak kepada penyanyi Didi Astillah itu akur dan reda jika  perkahwinan yang didirikan pada 9 September 2016 itu berakhir dengan perpisahan.

Aliff dan Bella dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean. – MalaysiaGazette