SEMENYIH – Dakwaan Pas menerima wang daripada 1MDB dan UMNO tidak benar, kata Datuk Seri Najib Razak.
“Saya hendak beritahu yang Pas difitnah sejak sehari dua ini. Pas tak terima RM90 juta dari 1MDB dan UMNO.
“Berita itu tidak benar sama sekali. Kalau ya,orang yang patut tahu sayalah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berceramah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Rinching Hilir hari ini.
Bekas perdana menteri itu mendakwa pemimpin Pakatan Harapan (PH) pakar cipta fitnah dan beliau juga menjadi salah seorang mangsanya.
“Sebab kesan fitnah amat buruk..saya akan berjuangg atas fakta dan kebenaran dan itu mereka (PH) tidak terjawab.
“Sehingga saya huraikan fakta, alhamdulillah ramai minta maaf kat saya, mereka terpedaya kerana percaya dengan fitnah termasuk Ustaz Ahmad Husam Baderudin di Langkawi,” katanya.
Menurut beliau, Husam meminta maaf kepadanya kerana percaya dengan fitnah yang dibuat dan meminta maaf selepas menyedari kesalahannya.
Najib seterusnya berharap kerjasama UMNO dan Pas yang ada sekarang dapat menterjemahkan kepada sokongan kepada calon BN di PRK DUN Semenyih semasa pengundian esok.- MalaysiaGazette
..tapi bila di tanya oleh pengacara Al Jazeera, tertekan, lalu menjawap, ” saya tak tahu” “ssaya di beri gambaran, duit tersebut derma dari Raja Abdullah…”
BOSSKU, Rosmah, ke yg suruh Jib?
“BOSSKU” ROSMAH: Jib, Semenyih boleh menang?
Najib: Bo..bo..bo..
“BOSSKU” ROSMAH: Bo..bo APE?
Najib: Bbboleh ‘” BOSSKU”.
“BOSSKU, ROSMAH: Kau Pasti PAS HAJI PEMBELIT AKAN UNDI KITA?
Najib: Pasti ” BOSSKU”.
Najib: sbb talian hayat rahsia meka saya yg ketahui.
“BOSSKU” ROSMAH: Bagus, gantung Hadi & geng pembelit mereka supaya Mereka tahu, siape “BOSS”.
Najib: Faham “BOSSKU”.