ISLAMABD – Menteri Luat Pakistan berkata beliau tidak akan menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Sesi Ke-46 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada hujung minggu ini kerana rakan sejawatnya dari India diundang ke mesyuarat tersebut.
“Saya tidak akan pergi ke mesyuarat menteri-menteri luar,” kata Shah Mahmood Qureshi kepada Parlimen sambil menambah pegawai di peringkat yang lebih rendah akan mewakili Pakistan, lapor Reuters.
Sementara itu, The Express Tribune melaporkan, menteri luar itu telah mengutus surat kepada OIC menyatakan keputusan beliau itu telah diluluskan parlimen dan parti-parti politik.
“India bukan anggota OIC,” katanya sambil menambah Ankara dan Tehran juga tidak genbira dengan jemputan yang dihulurkan kepada New Delhi.
Qureshi yang menghubingi Putera Mahkota UAE, Mohammed bin Zayed Al Nahyan mengenai perkara itu berkata: “Dia menyatakan bahawa jemputan itu dilakukan sebelum serangan Pulwama. Namun Putera Mahkota itu menunjukkan kesdiaan untuk mengkaji semula keputusan tersebut,”.
“Kami mempunyai 19 resolusi di OIC, semua meliputi kesalahan hak asasi manusia yang dilakukan tentera India yang menguasai kawasan pertikaian di lembah. Pendirian kami akan dibentangkan pada persidangan itu oleh pegawai-pegawai Kementerian Luar.
“Sebarang cubaan untuk memberi status pemerhati kepada India akan ditentang Pakistan pada mesyuarat OIC,” katanya.
Menteri Luar itu berkata, keputusan tersebut disokong Turki dan negara itu telah berjanji untuk memainkan peranannya. – Agensi