KUALA LUMPUR – Raja Petra Kamarudin berkata, gambar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Datuk Seri Rameli Musa yang disebarkan oleh Rafizi Ramli bagi membuktikan ahli korporat itu adalah sahabat Presiden Pas adalah foto lama.
Dakwanya, gambar itu dirakam semasa satu mesyuarat di Bangkok.
Mesyuarat bersama Muslim Thailand itu disertai oleh Raja Petra dan 50 peserta yang lain.
“Rafizi Ramli is circulating this photo of Hadi Awang and Rameli Musa as ‘proof’ that Rameli is Hadi’s friend. Actually that is an old photo of a meeting in Bangkok with the Thai Muslims and I, too, was there. There were probably 50 people in all, mostly Thai Muslims. (Rafizi Ramli mengedarkan foto Hadi Awang dan Rameli Musa sebagai bukti bahawa Rameli adalah kawan Hadi. Sebenarnya itu adalah satu foto lama pertemuan di Bangkok dengan orang-orang Islam Thailand dan saya juga ada di sana. Mungkin ada 50 orang, kebanyakannya orang Islam Thai),” katanya menerusi akaun Twitter beliau.
Hari ini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu memuatnaik sekeping gambar Abdul Hadi dengan Rameli susulan beberapa pemimpin Pas mendakwa ahli korporat itu adalah rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rafizi berkata, Rameli adalah sahabat baik dengan Rameli.
Nama Rameli dikaitkan sebagai pemilik sebenar akaun yang digunakan untuk memindahkan bayaran sebanyak RM1.4 juta kepada Americk Sidhu iaitu peguam kepada Editor Sarawak Report,Clare Rewcastle-Brown. – MalaysiaGazette
Rameli bukan rakan karib Anwar tapi sahabat rapat Abdul Hadi – Rafizi
Dari penafian ke penafian hinggakan plot cerita penuh dgn penafian.
..dulu UMGOK kini PAS. Serumpun & sekata. Perompak & Pembohong tegar.