Home Ekonomi Harga ’emas hitam’ susut

Harga ’emas hitam’ susut

NEW YORK – Harga minyak dunia susut kira-kira 2 peratus, penyusutan hampur 3 peratus pada minggu ini susulan kebimbangan pertumbuhan permintaan lemah ekora data pengilangan Amerika Syarikat yang lemah.

Selepas mengukuh pada sesi sebelumnya kepada tiga bulan tinggi, niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat susut dengan ketara disebabkan faktor tersebut.

Indeks aktiviti pembuatan pada bulan Februari jatuh kepada paras terendah sejak November 2016 tetapi di bawah jangkaan.

Niaga hadapan West Texas Intermediate susut sebanyak AS$1.42 kepada AS$55.80 setong selepas memuncak kepada AS$57.88 setong – paras tertinggi sejak pertengahan November.

Penanda aras global, Brent pula diniaga pada AS$65.07 setong, susut 1.9 peratus.

Walaupun Brent mencecah paras tertinggi sejak pertengahan November pada minggu ini, niaga hadapan Brent jatuh 3.3 peratus minggu ini dan West Texas Intermediate susut 2.7 peratus. – MalaysiaGazette