KUALA LUMPUR – Kemenangan Zakaria Hanafi akan memperkukuhkan suara pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor.
Presiden MCA itu yakin Zakarian akan menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang dan meneruskan semak dan imbang di Selangor.
“Tahniah & Syabas kepada calon BN untuk PRK DUN Semenyih, YB Zakaria Hanafi yang telah diberi mandat oleh rakyat dan memenangi Kerusi DUN Semenyih,” kata Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi hantaran di Facebook.
Menurut Ka Siong, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya lebih mendengar rintihan rakyat dan memandang serius isu-isu berkaitan ekonomi dan kehidupan rakyat.
“Kerajaan sepatutnya bertungkus-lumus merancakkan pertumbuhan ekonomi negara agar nikmatnya dapat dirasai oleh rakyat; bukannya asyik menarik/mengajak ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk menyertai PPBM atau PH,” katanya. – MalaysiaGazette
..perkukuhkan lagi temberang & pembohongan.
Temberang perkauman & agama selain perkukuhkan pembohongan & penafian.
UMGOK/PAS hanya ada persembahan seiya sekata, menunjuk kekuatan dlm ketakutan.