Home Politik Nik Aziz Afiq mengundi

Nik Aziz Afiq mengundi

Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul membuang undi pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil N. 47 Semenyih di Dewan Serbaguna Orang Ramai Semenyih, Semenyih, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 02 MAC 2019

SEMENYIH – Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul, 25, menunaikan tanggungjawabnya mengundi di Dewan Orang Ramai Semenyih pukul 8.10 pagi tadi.

Beliau ditemani bapanya Abdul Abdul Karim, 60, ke PDM sekitar pukul 7.55 pagi.

Kehadiran Nik Aziz turut ke dewan berkenaan turut ditemani Ahli Jawatankuasa PSM Pusat, S. Arutchelvam.

Seramai 2,925 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab masing-masing mengundi di dewan orang ramai di sini.

Seramai 2,925 pengundi berdaftar akan menunaikan tanggungjawab masing-masing mengundi di dewan orang ramai di sini.

Suasana mengundi pagi yang agak ceria dengan orang ramai diihat memenuhi setiap saluran untuk membuang undi diawal pagi.

Kerusi DUN Semenyih kosong selepas kematian wakil rakyatnya Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu di Hospital Kajang.

Bakhtiar mengalahkan wakil rakyat dua penggal di kawasan itu, Datuk Johan Abd Aziz daripada BN dengan 23,428 undi pada PRU-14.

Hari mengundi bagi PRK Semenyih diadakan hari ini dengan hari pengundian awal pada 26 Februari lalu. – MalaysiaGazette