SEMENYIH – Kemarahan rakyat bukan sengaja direka-reka bahkan ia telah diterjemahkan dalam bentuk undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih apabila mereka menolak Pakatan Harapan (PH).
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kemarahan jelas dilihat apabila 95 peratus saluran anak muda menolak PH dan kembali menyokong Barisan Nasional (BN).
“Saya rasa ini adalah gelombang rakyat mahukan perubahan, rakyat kita tidak mahu berterusan ditipu oleh PH.
“Saya pergi ke mana-mana seolah-olah ada mantera, di kampung-kampung bila sebut PH saja, mereka akan sebut hancing.
“Jadi kemarahan itu adalah sebenar, bukan kemarahan yang dibuat-buat.
“Saya melihat saluran-saluran muda di Bukit Mahkota saluran 7,8,9 saluran anak muda kita menang.
“Saya kira hampir 95 peratus saluran anak muda kita menang,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), di sini, hari ini.
Terdahulu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa calon BN, Zakaria Hanafi memenangi PRK Semenyih dengan majoriti 1,914 undi.
Kemenangan calon BN itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya SPR, Datuk Mohd Sayuthi Bakar pada jam 9.19 malam di Dewan Seri Cempaka MPKj di Saujana Impian di sini.
Zakaria, memperoleh 19,780 undi menewaskan tiga calon lain termasuk PH, Muhammad Aiman Zainali, 30, yang memperoleh 17, 866 undi.
Sementara itu calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul memperoleh 847 undi manakala calon bebas, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang yang menggunakan simbol telefon mendapat 725 undi.
Asyraf Wajdi juga berkata, kemenangan itu menunjukkan golongan muda semakin memberi keyakinan kepada BN serta mengharapkan kerjasama dengan Pas membela nasib orang Islam dan Melayu.
“Saya melihat ini sebagai permulaan kepada gerakan untuk kita kembalikan maruah rakyat.
“Saya melihat ini adalah kemenangan rakyat dan rakyat berhak untuk meraihkan.
“Kita memberikan mesej kepada regim PH bahawa rakyat sudah bijaksana, mereka tak boleh ditipu dan diperkotak-katikkan sesuka hati.
“Hakikatnya rakyat mahukan kerjasama dan kesatuan di antaranya dua parti terbesar umat Islam ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Saluran anak muda mengatakan PH hancing?
Anak muda mana nie? Perbezaan kelebihan undi 1,924 bukan pengukur Anak Muda yg mutlak, kerana dlm masa yg sama undi PSM & BEBAS Serta penerunan undi Kaum Cina & India juga menjejaskan perbezaan.
BN/UMGOK/PAS memenangi PRK Semenyih bukan suatu yg menakjubkan.
PRK Semenyih juga kemenangan ANWAR VS AZMIN. Maka jgn syok sendiri, hinggakan alpa semua ini.
Yg UMGOK/PAS blh merasakan syok ketika ini, PEROMPAK & PEMBOHONG TEGAR BERANI MENGUGAT PH.