Home Ekonomi Skandal 1MDB: Goldman boleh didenda sehingga AS$9b

Skandal 1MDB: Goldman boleh didenda sehingga AS$9b

NEW YORK – Goldman Sachs Group Inc boleh dikenakan denda antara AS$1.5 bilion sehingga AS$9 bilion kerana penglibatannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia berdasarkan nilai asas kes yang dianggarkan antara AS$4 bilion kepada AS$ 5 bilion.

Meksipun begitu, para penganalisis Citi, Keith Horowitz dan Eileen Shao berkata, aktiviti perniagaan Goldman tidak akan digantung.

Sejak November, “prestasi Goldman merosot mewakili kira-kira AS$12 bilion dalam kerugian pasaran yang mana kebanyakannya disebabkan kebimbangan terhadap 1MDB, meskipun saham Goldman berada dalam kategori ‘peluang beli’.

Saham Goldman telah mengalami penurunan kira-kira 13 peratus sejak akhir Oktober, lebih daripada pesaing Morgan Stanley yang jatuh sebanyak 8 peratus.

Horowitz dan Shao berkata, saham Goldman berada pada penilaian yang adil, memandangkan ia masih tidak terjual.

Menurut mereka, persepsi terhadap struktur pemantuhan adalah kunci utama terhadap hukuman denda.

Sekiranya pengawal selia melihat ini sebagai insiden terpencil dan percaya Goldman mempunyai program pematuhan yang berkesan, selaras dengan kedudukan yang dinyatakan, ‘maka denda itu yang dikenakan adalah paling bawah’.

Mereka berkata, pelabur mungkin telah menurunkan tahap keterukan skandal itu kerana mereka percaya isu itu terpencil kepada konspirator dan mempunyai kesan langsung terhad kepada Goldman sendiri.

Ia berubah apabila berita kemungkinan hubungan Lloyd Blankfein, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Goldman bertemu dengan Low Taek Jho kembali muncul pada 8 November.

Harga saham Goldman menyusut sebanyak 11 peratus dua hari kemudian selepas mengambil kira implikasi pembabitannya dalam skandal.

Horowitz dan Shao maklum dengan pengakuan Goldman bahawa Blankfein tidak ingat sebarang pertemuan dengan Low, dan bank itu tidak “melihat apa-apa rekod untuk mencadangkan mesyuarat sedemikian berlaku”.

Goldman Sachs kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat berhubung taja jamin dan mengatur tiga jualan bon yang meraih sejumlah AS$6.5 bilion untuk 1MDB. – MalaysiaGazette