KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih.
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, Pakatan Harapan akan terus langkah ke hadapan sambil munasabah.
“Kepada penduduk Semenyih saya susun sepuluh jari memohon maaf kalau ada yang terkurang.
“Terima kasih kepada jentera HARAPAN yang tidak kenal erti penat. Keluarga ini akan terus langkah ke hadapan sambil bermuhasabah,” katanya di sini.
Keputusan PRK Semenyih yang baharu sahaja diumumkan sebentar tadi dimenangi oleh calon BN, Zakaria Hanafi selepas menewaskan tiga pencabarnya yang lain.
Zakaria memperoleh 19,780 undi, mengalahkan calon Pakatan Harapan dengan majoriti undi 1,914 undi.
Calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali yang memperoleh 17, 866 undi manakala Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) mendapat 847 undi dan calon Bebas Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ 725 undi. – MalaysiaGazette