Home Politik Tunggu lepas ni fitnah Pas cetak wang pulak – Nik Abduh

Tunggu lepas ni fitnah Pas cetak wang pulak – Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Secara difitnah menerima wang dari UMNO dan membayar Clare Rewcastle-Brown sebanyak RM1.4 juta, Pas dijangka menerima tuduhan baharu selepas ini.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, parti itu akan difitnah mencetak wang pula.

“Dari fitnah terima wang, kini PAS difitnah beri wang pula.

“Kita tunggu lepas ni fitnah PAS cetak wang. Lepas cetak, kita tabur laa,” kata Ahli Jawatankuasa Pusat Pas itu dengan penuh sinis.

Pas didakwa menerima dana berjumlah RM90 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan pasti bagi menarik mereka supaya menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

Tetapi, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, siasatan yang dilakukan tidak menemui sebarang kemasukan dana 1MDB ke dalam akaun PAS.

Kes itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penyelesaian luar mahkamah saman fitnah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Clare, Editor Sarawak Report pada 2 Februari lepas.

Abdul Hadi memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi London susulan satu artikel yang ditulis oleh Clare dan diterbitkan portal berita Sarawak Report pada 6 Ogos 2017.

Kelmarin, Clare mendedahkan pihaknya menerima bayaran RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan saman di luar mahkamah oleh Abdul Hadi. – MalaysiaGazette