WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping dijangka mencapai kesepakatan perdagangan rasmi pada 27 Mac ini.
Ia merupakan kemajuan dalam perundingan antara kedua negara, lapor Wall Street Journal.
Kedua-dua negara telah saling mengenakan tarif bernilai bilion dolar bagi barangan masing-masing, telah memberi kebimbangan dalam pasaran kewangan, mengganggu rantaian bekalan perkilangan dan menyebabkan eksport pertanian Amerika Syarikat menyusut.
China akan menurunkan tarif ke atas barangan buatan Amerika Syarikat termasuk produk pertanian, bahan kimia dan kereta sebagai pertukaran terhadap penarikan sekatan dari Washington, kata WSJ yang memetik sumber sebagai berkata.
Sumber itu berkata, halangan tetap wujud dalam perjanjian berkenaan dan setiap pihak mungkin menghadapi rintangan di negara masing-masing daripada aspek terlalu menguntungkan pihak lain.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu membabitkan pembelian gas asli (LNG) bernilai AS$ 18 bilion dari Cheniere Energy Inc yang berpangkalan di Houston, menurut laporan itu.
Cheniere enggan memberi komen mengenai potensi penawaran bekalan LNG baharu dengan China, kata seorang jurucakap.
Pada tahun lalu ia menandatangani perjanjian selama 20 tahun untuk membekalkan minyak kepada China National Petroleum Corp (CNPC) dengan LNG dari terminal eksport Louisiana menjelang 2043.
Amerika Syarikat sedang berusaha untuk membuat perjanjian perdagangan terperinci dengan China yang akan memasukkan komitmen struktur tertentu, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Steven Mnuchin kepada CNBC pada hari Khamis.
Minggu lalu, Trump berkata, Amerika Syarikat akan melangkah keluar daripada rundingan perdagangan dengan China jika ia tidak cukup baik meskipun walaupun penasihat ekonominya mendakwa telah mencapai “kemajuan” hebat ke arah perjanjian bagi mengakhiri pertikaian dengan Beijing. – MalaysiaGazette