Home Nasional EKSKLUSIF: Ragut, dadah, judi dalam talian antara fokus Mazlan

EKSKLUSIF: Ragut, dadah, judi dalam talian antara fokus Mazlan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim
Mazlan Lazim

KUALA LUMPUR – Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk menjadikan sebuah bandar raya itu selamat.

Menerusi tindakan reaktif serta proaktif, selain iltizam dan pendidikan dalam kalangan masyarakat untuk mencegah jenayah, hasrat untuk membangunkan bandar raya dalam konteks sekarang adalah Kuala Lumpur yang selamat boleh direalisasikan.

Begitu pandangan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim yang begitu komited dan berdedikasi dalam memastikan bandar raya ini selamat bukan sahaja untuk masyarakat setempat sebaliknya juga bagi pelancong luar dan dalam negara.

Bagi memastikan matlamat tersebut tercapai, Mazlan menggariskan lapan fokus utama dalam beliau merealisasikan impian untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar selamat atau ‘safe city’ dan begitu komited dengan panduan tersebut.

Tentunya, fokus utama adalah jenayah harian yang jika tidak dibendung memberi kesan besar kepada imej dan nama Kuala Lumpur iaitu jenayah ragut dan samun yang hakikatnya masih lagi menghantui umum sehingga ke saat ini.

Bercakap dalam pertemuan dengan MalaysiaGazette di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL), Mazlan berkata, hampir setiap masa pihaknya melakukan pemantuan di sekitar ibu kota khasnya kawasan ‘hot spot’ bagi mengelakan jenayah serius.

MGF26022019_ DatukSeriMazlanLazim_13
Temubual bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK KL), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 26 FEBRUARI 2109

“Kita mahu pengunjung serta pelancong ada perasaan ‘feel safe’ ini ketika berjalan-jalan di Kuala Lumpur. Ragut ini jenayah paling popular dan masih lagi berlaku dengan berleluasa. Saya mahu banteras ini secara habis-habisan.

“Operasi kita lakukan hari-hari, saya juga adakan ‘engagement’ dengan masyarakat dengan memberi kesedaran kepada mereka supaya lebih berhati-hati selain memahami jenayah ini dan bagaimana mereka juga boleh bantu kita.

“Kedua yang jadi fokus saya, membanteras aktiviti keganasan dan pengganas seperti Daesh. Seperti kita yang kita sedia maklum, lokasi seperti bandar juga menjadi sasaran, Kuala Lumpur tidak terkecuali dan kita tidak seharusnya pandang remeh.

“Setiap hari kita lakukan pemantauan, siasat serta dalam keadaan berjaga sepanjang masa malah operasi yang diadakan ini juga memberi mesej kepada mana-mana pihak, ini tempat mereka boleh berkumpul kerana kita akan dapat hidu sekelip mata.

“Kita sentiasa memberi tumpuan kepada unsur militan seperti Daesh yang mana saya akan dengar sendiri taklimat daripada Jabatan Cawangan Khas mengenai kesiapsiagaan jabatan itu untuk memastikan tiada anasir militan bercambah di Kuala Lumpur,” katanya.

Tambah beliau lagi, yang ketiga yang menjadi fokusnya adalah gangsterisme dalam kalangan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.

“Kita lihat golongan ini, Melayunya mempunyai kumpulan seperti geng 77, 30, 34, 3 Line. Yang Cina pula geng 18, 24 manakala India pula geng 36, 08, 18 dan 21.

“Kita sentiasa pantau kesemua kumpulan ini dengan begitu rapat sekali. Mereka semua ini terlibat dengan pelbagai aktiviti jenayah termasuk pemerasan, mengedar dadah. Dadah ini mereka jual dengan hasil lumayan juga untuk terus menjaga ahli kumpulan itu daripada keluar.

MGF26022019_ DatukSeriMazlanLazim_01
Temubual bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK KL), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 26 FEBRUARI 2109

“Kita sentiasa lakukan operasi juga selain daripada tangkapan. Pada kami, adalah lebih baik mereka ini menghentikan aktiviti kerana terlalu banyak operasi dilakukan oleh kami selain daripada memberikan peluang ahli-ahli itu keluar meninggalkan mereka daripada aktif.

“Yang keempat pula, juga sebenarnya sangat penting dan berleluasa adalah membanteras judi haram terutamanya dalam talian. Kuala Lumpur sebenarnya tidak terkecuali daripada aktiviti jenayah ini, kita juga lakukan pelbagai kempen membenci judi. Pegawai-pegawai juga memainkan peranan penting membanteras tiap hari.

‘Kelima, ini penting. Dadah. Ini memang musuh negara, musuh utama. Isu ini sehingga kini belum dapat dibendung sepenuhnya, fokus utama saya adalah penjualan serta pengedaran dadah di jalanan serta hot spot. Mereka ini main ‘passing’ di jalan, dalam kereta. Jual beli berlaku dengan pantas.

MGF04022019_OP SELAMAT02
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim semasa Kempen OP Selamat sempena Tahun Baru Cina di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 04 FEBRUARI 2019

“Jadi kami letakan anggota di mana-mana dan pantau. Kita susahkan golongan ini daripada terus ‘berniaga’ dengan senang seperti ini. Selain jalanan, dadah ini juga poplr di pusat-pusat hiburan, caranya senang sekali. Letak dalam air minuman.

“Itu juga ketika operasi, pesalah itu kita dapat cekup melalui ujian air kencing. Ada dadah jenis syabu, estacy, ketamin. Selain itu, dadah di campur dalam minuman kerana mahu pelanggan ketagih dan datang dengan kerap, pusat hiburan seperti ini kita pantau habis-habisan.

“Selain itu, penjualan dadah di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Di Kuala Lumpur, kita ada 63 PPR yang akan diberi perhatian penuh dalam memastikan tiada sebarang aktiviti pengedaran dadah dilakukan di situ, kita tidak lepas pandang begitu sahaja sebenarnya,” tegasnya.

MGF06052018_MAZLAN LAZIM WALKABOUT_01
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim )kanan) ketika hadir pada Program Walkabout Pencegahan Jenayah Polis Kuala Lumpur sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di pusat membeli belah MyTown, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 06 MEI 2018

Fokus keenam digariskan oleh Mazlan yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dinaikkan pangkat kepada Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa 23 Oktober lalu menggantikan Datuk Amar Singh ialah aktiviti penipuan atau ‘scam’.

“Antaranya Macau Scam, African Scam, pinjaman-pinjaman tidak wujud selain daripada skim-skim cepat kaya yang sebenarnya didalangi oleh kumpulan tertentu termasuk dari luar negara dan menjadikan rakyat tempatan sebagai mangsa. Kerugian sebenarnya sehingga mencecah juta-juta.

Tidak ketinggalan agenda membanteras membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) yang turut terbabit dengan aktiviti pemerdagangan manusia menjadi fokus ketujuh Mazlan dan pasukannya.

MGF05042018_PCIPKKL02
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim bercakap pada sidang akhbar mengenai kejayaan pihak polis IPK KL menumpaskan makmal proses syabu dalam satu serbuan di Brieckfields di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 APRIL 2018

“Kita banyak masalah PATI ini sebenarya. Kini, antara yang paling popular datangnya dari Bangladesh, kemudian Indonesia, China dan juga Pakistan.

“Kelapan pula, dan terakhir pula adalah memerangi samseng jalanan dan juga aktiviti rempit yang menganggu gugat pengguna jalan raya lain.

“Kita fokus pada semua ini tetapi mampu di capai seandainya usaha dan kerjasama yang dirangka dengan turut membabitkan penyertaan masyarakat.

“Masyarakat kita juga perlu main peranan dalam membantu kita, janganlah pandang remeh, kita akan berikan didikan sebanyak mana yang mungkin tetapi anda juga perlu beri kita kerjasama sebaik mungkin. Bantu kita juga,” katanya. –MalaysiaGazette