WASHINGTON – Amerika Syarikat mahu menghadkan latihan ketenteran dengan Korea Selatan bagi menjimatkan wang negara itu dalam bentuk kos.
Ia juga dapat mengurangkan ketegangan dengan Korea Utara.
“Itu adalah iltizam saya sejak dulu sebelum menjadi presiden,” kata Trump menerusi Twitter selepas beberapa hari pertemuan keduanya bersama Kim Jong-un.
Namun pertemuan di Hanoi itu gagal mencapai sebarang perjanjian berhubung memansuhkan penggunaan senjata nuklear di Semenanjung Korea.
Pentagon dan tentera Korea Selatan mengesahkan pada Sabtu lalu bahawa mereka akan mengakhiri latihan bersama berskala besar musim bunga. – MalaysiaGazette