Home Nasional AJK kuil bergelar Tan Sri dan dua lagi direman

AJK kuil bergelar Tan Sri dan dua lagi direman

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang ahli jawatan kuasa (AJK) kanan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam bergelar Tan Sri direman di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disiasat selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan urusan kesepakatan tanah yang disiasat agensi itu.

Turut ditahan bersama suspek ialah dua lagi individu berkait kes yang sama.

Suspek bersama dua lagi individu yang ditahan SPRM dibawa ke mahkamah pagi tadi dengan berkerusi roda dan pakaian lokap SPRM.

Perintah reman selama tiga hari ke atas ketiga-tiga suspek dikeluarkan Majistret Nik Muizuddin Nik Muhammad di Mahkamah Majistret pagi tadi.

Suspek bergelar Tan Sri itu juga mengendalikan sepenuhnya pengurusan kuil Batu Caves dan sebuah lagi kuil yang terletak di Persiaran Maybank, Pudu.

SPRM malam tadi dilaporkan menyerbu sebua kediaman dan menahan suspek kira-kira pukul 7.45 malam.

Difahamkan, pihak SPRM turut menyerbu pejabat kuil Batu Caves.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan penahanan suspek tersebut. – MalaysiaGazette