Home Seni Hidup Luke Perry meninggal dunia

Luke Perry meninggal dunia

Luke Perry. Foto Hollywood Life

LOS ANGELES – Pelakon popular era 90an, Luke Perry meninggal dunia semalam pada usia 52 tahun selepas diserang angin ahmar teruk minggu lalu.

Dia mula dikenali ramai menerusi drama televisyen popular, Beverly Hills 90210.

Berita sedih itu diumumkan olej pegawai publisiti Perry, Arnold Robinson yang memaklum aktor itu meninggal dunia di hospital di sini di sisi keluarga dan rakan rapatnya, termasuk bekas isteri Minnie Sharp, dua anak dan tunangnya, Wendy Madison Bauer.

“Keluarga beliau menghargai sokongan dan doa peminat seluruh dunia kepada Luke dan meminta mereka dibiarkan bersendirian pada saat sukar ini.

“Tiada butiran lanjut akan diberikan buat masa ini,” kata Robinson dalam kenyataan.

Perry dikejarkan ke hospital pada Rabu lalu selepas diserang angin ahmar, menurut laman web selebriti, TMZ.com, minggu lalu.

Dia dikatakan jatuh sakit pada hari sama saluran televisyen Fox mengumumkan penerbitan semula siri, Beverly Hills 90210 yang membabitkan ramai pelakon asal termasuk Jason Priestley, Jennie Garth dan Tori Spelling.

Bagaimanapun, Perry tidak terpilih dalam senarai ketika siri itu kembali bagi siaran enam episod musim panas ini. – MalaysiaGazette