Home Seni Hidup Saya dah nak kahwin – Nelydia Senrose

Saya dah nak kahwin – Nelydia Senrose

Nelydia Senrose.

KUALA LUMPUR – Hubungan istimewa pelakon Nelydia Senrose dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali Hafez bakal memasuki fasa baharu apabila mereka akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Nelydia, 24 menerusi perkongsian dalam laman Twitter miliknya dengan status ringkas berbunyi “Yep..Im getting married!!! 

Malah, adik kepada Uqasha Senrose itu juga berkongsi perasaan terujanya untuk bergelar raja sehari tidak lama lagi. 

“Hari ini adalah permulaan kepada banyak lagi hari bersejarah dalam hidup saya. Tidak pernah rasa perasaan seperti ini tetapi ia sangat mengujakan saya. Tidak sabar untuk melaluinya tapi sekarang nak mandi dulu,” luahannya.

Kelmarin, Nelydia dikatakan meraikan majlis bridal shower yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Majlis yang dinamakan Nelydia Senrose Last Fling Before The Ring! bertemakan warna oren dan merah jambu itu menggunakan tanda pagar #myotherhafeznel merujuk kepada gabungan nama Nelydia dan kekasih.

Pemilik nama lengkap Nik Zaris Nelydia Nik Sen ini tampil anggun dan berseri dengan gaun putih, turut diraikan adik-beradiknya iaitu Uqasha Sdan Raysha Rizrose selain sepupu mereka iaitu Oktovia Manrose dan Aprena Manrose serta rakan artis dan kenalan terdekat. – MalaysiaGazette