Home Politik SUA BN patut menjadi zon penampang bukan zon perang!

SUA BN patut menjadi zon penampang bukan zon perang!

Abdul Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR – Sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Dato Seri Nazri Aziz perlu lebih diplomatik dan berhemah dalam menangani isu-isu berkaitan parti.

“Kalau mahu menangani sesuatu isu BN, bincangkan dulu dengan kepimpinan UMNO. Minta pandangan. Kalau tidak, suara Setiausaha BN tidak mewakili suara UMNO. Full stop!” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berpandangan bahawa Nazri sebagai Setiausaha Agung BN sepatutnya seorang pendamai, moderator dan penimbang tara.

“Bukannya seorang provokator atau seorang antigonis! Dia mesti menjadi zon penampan bukan zon perang!” katanya dipetik dari laman Facebook beliau hari ini.

Semalam MCA dan MIC yang merupakan komponen BN melihat kemungkinan untuk keluar dari BN kerana tidak senang dengan kenyataan Nazri dalam satu ceramah di Semenyih yang dilapor berkata, kaum bukan Melayu tidak boleh mempersoalkan keistimewaan orang Melayu kerana menikmati keistimewaan seperti sekolah vernakular.

Bagaimanapun, ada yang berpandangan selepas mendengar ucapan penuh Nazri bahawa bekas menteri itu sebenarnya meminta semua menghormati hak istimewa orang Melayu dan beliau juga meminta semua menghormati hak istimewa kaum Cina dan India seperti sekolah. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: