MADRID – Ajax mengejutkan juara bertahan 13 kali Liga Juara-Juara Eropah Real Madrid di Santiago Bernabeu untuk mara ke suku akhir kejohanan itu.
Ajax mara ke suku akhir Liga Juara Juara Eropah selepas 22 tahun.
Dalam aksi timbal balik pusingan 16 pasukan yang penuh dramatik awal pagi tadi, Ajax yang ketinggalan 1-2 dalam aksi pertama bangkin untuk juara bertahan itu.
Ajax hanya memerlukan 18 minit untuk menjaringkan dua gol pada minit ke-7 dan ke-18 pada babak pertama, sekali gus mendahului 3-2 dari segi agregat.
Real yang turun dengan bintang utama tidak menjangka kebangkitan Ajax.
Kesilapan Real di bek pertahanan agak goyah menghukum juara bertahan itu pada babak kedua apabila Ajax membuka gol ketiga perlawanan pada minit ke-62 dan gol kemenangan muncul pada minit ke-72.
Gol tunggal Real hadir pada minit ke-70 sebelum Sancho dilayang kad kuning kedua pada minit ke-93.
Bagaimanapun kebangkitan itu gagal mempertahankan maruah pasukan itu apabila tersingkir dengan agregat 3-5 di tangan Ajax.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu untuk kejohanan yang sama ialah 13 tahun lalu.
Lebih menarik, enam daripada pemain kesebelasan utama Ajax berusia di bawah 22 tahun, namun masih dalam mempamerkan aksi baik. – MalaysiaGazette