Home Ekonomi Bursa Malaysia dibuka bercampur

Bursa Malaysia dibuka bercampur

Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Saham di Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini, disokong oleh beberapa belian bagi saham tempatan khususnya dalam saham berkaitan telekomunikasi, produk pengguna dan kewangan.

Pada jam 9.04 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 0.79 mata lebih rendah kepada 1,684.83 daripada penutup Selasa lalu iaitu 1,685.62.

Indeks berkenaan dibuka 0.64 mata lebih rendah pada 1,684.98.

Di pasaran meluas, kaunter untun mengatasi rugi sebanyak 127 berbanding 65 manakala 145 kaunter kekal tidak berubah, 1,532 tidak didagangkan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah saham adalah sebanyak 68.81 juta dengan nilai RM40.09 juta. -Bernama