Home Seni Hidup Siti Nurhaliza beri amaran

Siti Nurhaliza beri amaran

Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Datuk Seri Siti Nurhaliza. foto AFFAN FAUZI, 28 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi amaran kepada peminatnya agar tidak terpedaya dengan ‘scammer’ yang menjual tiket konsertnya pada 16 Mac ini.

Ingatan tersebut dimaklumkan melalui Instagramnya @ctdk, hari ini.

“Saya mendapat aduan daripada peminat bahawa ada scammer yang menjual tiket kononnya tiket ke konsert saya di Axiata Bukit Jalil.

“Tolong jangan tertipu dengan scammner kerana tiket #sitinurhalizaontour sudahpun kehabisan dan hanya dijual di www.myticket.asia. Jangan terpedaya ya,” tulisnya.

Sebelum ini, dua siri jelajah konsert Siti Nurhaliza On Tour di Jakarta dan Singapura telah berlangsung dengan cemerlang. – MalaysiaGazette